Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Bowen bantu West Ham kembali ke posisi 4 teratas

    LONDON, 13 JAN – Jarrod Bowen telah menjaringkan dua gol ketika West Ham kembali mendaki kedudukan empat teratas dalam Liga Perdana dengan kemenangan 2-0 di laman sendiri menentang Norwich kelmarin.

    Dua gol dari Bowen, telah mengumpulkan lapan gol baginya dalam musim ini, menyaksikan The Hammers mendahului dua mata daripada pasukan saingan London, Arsenal apabila anak buah David Moyes mencatat kemenangan liga ketiga berturut-turut.

    “Kami perlu mencuba dan meneruskannya,” kata pengurus West Ham, Moyes kepada BBC apabila pasukannya menaiki kedudukan dalam carta.

    “Selagi kami berada dalam kedudukan baik di sini dan di Eropah, itu akan menjadi sangat bagus tetapi jika kami dapat bertahan di atas pasukan yang berada di atas, itulah yang kami akan cuba dan lakukan.”

    Mengimbas kembali perlawanan itu, Moyes berkata: “Kami benar-benar layak mendapat kemenangan tetapi ia tidak mudah.”

    Pengurus pasukan Norwich, Dean Smith kecewa dengan kekalahan terbaharu ini tetapi menegaskan setakat ini masih jauh bagi Canaries dalam perjuangan mengelak penyingkiran. “Kami dikecam dari tiang ke tiang, daripada orang luar yang mengatakan kami tidak layak untuk berada dalam Liga Perdana,” katanya.

    “Tetapi kami hanya kurang tiga mata dari terselamat. Saya mempunyai pemain yang komited dan jujur.”

    Dalam perlawanan yang diatur semula dari Disember kerana pandemik COVID-19 di kem Canaries, Bowen hampir meletakkan West Ham di hadapan seawal dua minit dalam perlawanan di Stadium London apabila sepakannya menemui Manuel Lanzini, tetapi rembatan Lanziri berjaya ditepis penjaga gol, Tim Krul. – AFP

    Reaksi Jarrod Bowen (kiri) meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara West Ham United dan Norwich City di Stadium London, England, 12 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...