Saturday, December 10, 2022
22 C
Brunei

-

Boy Pakorn kongsi penggambaran Lipgloss Spy

Penggemar drama Thailand pastinya sudah menonton drama terbaharu yang dibintangi Pakorn Chatborirak atau Boy Pakorn yang ditayangkan di platform Viu sejak 28 Oktober lalu.

Siri drama terbitan syarikat produksi BEC World kali ini tampil aksi penuh mendebarkan dengan elemen komedi gelap dan penyiasatan yang cukup sarat.

Sesuai dengan tajuk drama Lipgloss Spy, watak-watak yang terdapat di dalam siri ini pastinya menampilkan sisi ‘penyiasatan’ mereka di dalam personaliti mereka.

Menurut Boy Pakorn selaku teraju utama, wataknya dalam Lipgloss Spy adalah berlainan dan tidak pernah ditonjolkan dalam drama-drama lakonannya sebelum ini.

“Watak saya adalah sebagai Teerapat yang merupakan seorang bekas pegawai polis yang dipaksa menjadi ‘pengintip’.

Boy Pakorn menjelaskan wataknya dalam Lipgloss Spy adalah berlainan dan tidak pernah ditonjolkan dalam drama-drama lakonannya sebelum ini. – Agensi

“Watak ini menyerlahkan sisi diri saya yang belum pernah dipertontonkan.

“Saya juga turut mendapat persetujuan daripada pengarah untuk menzahirkan watak tersebut mengikut cara sendiri selepas berbincang dengannya,” katanya dalam satu sesi temu bual baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai cabaran yang terpaksa dihadapi ketika sesi penggambaran, dia mengakui Lipgloss Spy adalah sebuah drama yang mencabar kekuatan fizikal terutama dalam melakonkan babak-babak aksi cemas.

“Sejujurnya, saya tidak pernah menjalani latihan khas sebagai persiapan untuk penggambaran. Bagaimanapun, aksi berlawan di set penggambaran telah diarahkan dengan baik dan selamat walaupun penggambaran babak aksi umpama sebuah ‘perang melawan kepenatan’.

“Saya akui memang terlalu ‘penat’ untuk menghabiskan semua babak-babak aksi dalam drama ini. Walaupun pada awalnya ketika saya membaca skrip ini, ia dikatakan bergenre action-comedy namun drama ini lebih berat kepada aksi berbanding elemen sisi komedinya,” jelasnya.

Tambah Boy lagi, antara babak yang paling disukai adalah letupan real yang dilakukan dalam drama Lipgloss Spy ini.

“Bunyi letupan begitu dekat dengan telinga saya. Malah, sebuah tayar turut melantun ke atas bumbung disebabkan letupan itu. Ia benar-benar mengerikan,” ujarnya. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -