Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Boy William, Giorgino Abraham dituduh buat kandungan positif COVID-19

    Pelakon Boy William dituduh sengaja mengadakan cerita dia terkena jangkitan COVID-19 hanya kerana untuk kandungan di media sosial.

    Namun bintang Dimsum Martabak ini pelik bagaimana isu tersebut timbul sedangkan dia benar-benar dijangkiti virus maut berkenaan. “Kenapa ada yang berfikir saya sengaja mahu dijangkiti COVID-19? Untuk penajaan?

    “COVID-19 ini menyusahkan, sayangnya saya dijangkiti sekali lagi. Semoga semua berhati-hati,” tulis Boy William di Instagram.

    Keraguan dalam kalangan warganet timbul disebabkan Boy turut meletakkan pautan nama klinik tempat dia menerima rawatan yang dianggap sebagai satu bentuk iklan pemasaran.

    Perkara yang sama turut dilalui oleh pelakon Giorgino Abaraham.

    “Itu hak awda untuk berfikir begitu, tidak ada masalah.

    “Apa yang pasti saya berharap awda tidak merasai apa yang saya lalui sekarang ini.

    “Jangan sampai awda merasakan sendiri untuk buktikan ia benar,” tulis pelakon filem Tersanjung The Movie ini. – Agensi

    Boy William dan Giorgino Abraham menafikan sengaja mengada-adakan cerita terkena jangkitan COVID-19. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...