Boyata mengaku lakukan kesilapan langgar protokol

BERLIN, 18 MEI – Pemain pertahanan Hertha Berlin, Dedryck Boyata membuat permohonan maaf kelmarin atas tindakannya mendekati Marko Grujic tetapi menafikan mengucup rakan sepasukannya setelah seorang ahli politik kanan Jerman mengkritik pemain kerana melanggar protokol kebersihan liga yang ketat.

Bundesliga Jerman disambung semula pada Sabtu lalu selepas hampir dua bulan digantung akibat pandemik koronavirus dengan kelab-kelab bersetuju untuk mematuhi garis panduan kebersihan dalam pelan yang persetujui oleh kerajaan Jerman.

Walau bagaimanapun, menteri negeri Bavaria, Markus Soeder, berkata dia menjangkakan liga untuk ‘mengetatkan lagi’ arahan bagaimana untuk meraikan jaringan gol selepas beberapa orang pemain dilihat memeluk rakan sepasukan mereka. – AFP