Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    BP catat keuntungan AS$9.3 bilion

    LONDON, 2 OGOS – Syarikat gergasi minyak Britain, BP kembali meraih keuntungan suku kedua apabila harga tenaga melambung tinggi, menurut syarikat itu hari ini, selepas mencatatkan kerugian besar berkaitan dengan pengundurannya dari Rusia susulan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

    Keuntungan bersih ialah AS$9.3 bilion dalam tiga bulan sehingga Jun – peningkatan tiga kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu, kata syarikat itu dalam kenyataan ketika mengumumkan keputusan pendapatannya.

    Ia amat berbeza dengan kerugian AS$20.4 bilion dalam suku pertama, apabila ia mencatatkan penurunan nilai besar selepas keputusannya untuk meninggalkan Rusia. BP merupakan syarikat tenaga utama terkini yang mencatatkan pendapatan suku kedua besar ketika harga minyak dan gas meningkat susulan pencerobohan negara pengeluar utama minyak, Rusia ke atas Ukraine.

    Harga-harga tenaga juga semakin meningkat selepas negara-negara di seluruh dunia membatalkan perintah berkurung COVID, merangsang permintaan tenaga global.

    Saingan BP, Shell juga mendedahkan minggu lalu bahawa ia mencatatkan peningkatan lima kali ganda dalam jumlah keuntungan bersih kepada AS$18 bilion manakala TotalEnergies dari Perancis, mengaut hampir AS$6 bilion keuntungan. Syarikat-syarikat minyak dan gas Amerika Syarikat, ExxonMobil dan Chevron minggu lalu turut meraih jumlah keuntungan mencecah rekod bagi suku yang sama.

    BP turut meramalkan bahawa harga minyak ‘akan kekal tinggi’ disebabkan gangguan berterusan terhadap bekalan Rusia, mengurangkan tahap kapasiti penyimpanan dan tahap inventori pula di bawah purata lima tahun.

    Ia juga memberi amaran bahawa harga gas juga kekal tinggi dan tidak menentu ketika Rusia turut memberi tekanan kepada bekalan Eropah, bertindak balas ke atas sekatan Barat kerana perang di Ukraine. – AFP

    Gambar fail pelanggan mengisi minyak di stesen minyak BP di barat London. Syarikat itu mencatatkan keuntungan tiga kali ganda sebanyak AS$9.3 bilion dalam suku kedua tahun ini kerana harga minyak dan gas yang tinggi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...