Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    BPFA lantik ahli jawatankuasa baharu

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Persatuan Persahabatan Brunei-Pakistan (BPFA), baru-baru ini, telah mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) di sebuah restoran di Kiulap.

    Mesyuarat turut diselajurkan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah bagi mantan presiden persatuan berkenaan, Allahyarham Pehin Datu Kesuma Diraja Kolonel (B) Haji A Rahman bin Mustapha, sekali gus bagi mengenang segala jasa dan bakti serta sokongan Allahyarham yang tidak terhingga kepada persatuan berkenaan selama ini.

    Menerusi mesyuarat berkenaan, jawatankuasa pengurusan baharu telah dilantik iaitu Penasihat, Dato Paduka Haji Abdul Majid bin PDPD DP Haji Abdul Rahim; Presiden, Leftenan Kolonel (B) Pengiran Haji Rambli bin Pengiran Haji Bunut; Setiausaha Agung, Haji Abd Ul Quyyume Negyal; dan Bendahari, Haji Awang Ahmad Morshidi bin POKDGSDRDLU Haji Abdul Rahman.

    Sementara itu, ahli-ahli jawatankuasa eksekutif persatuan terdiri daripada Dato Paduka Haji Harun bin Ismail, Pengiran Dato Paduka Mashor bin Pengiran Haji Ahmad, Hajah Husnah binti Awang Damit, Haji Mohd Daud bin Haji Matarsat, Haji Syed Anayatullah Shah, dan Saeed Hassan Khan Mehmand.

    BPFA yang telah didaftarkan pada 8 April 2008 merupakan pertubuhan bukan berasaskan politik dan keuntungan dengan objektif utamanya untuk mewujudkan rangkaian bagi memupuk semangat persahabatan atau mengeratkan lagi hubungan rakyat dan penduduk antara Negara Brunei Darussalam dan Pakistan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...