Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BPMFASS adakan ATL Fun Day

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan – Badan Pergerakan Mahasiswa Fakulti Sastera dan Sains Sosial (BPMFASS) Universiti Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan ATL Fun Day di Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Muara.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Guru Besar Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Hajah Salina binti Haji Abdul Karim.

    Dalam ucapannya, beliau berharap agar acara seumpama ini dapat meningkatkan hubu-ngan antara kedua buah institusi dan memberi kebaikan buat murid-murid di Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei dan ahli BPMFASS.

    Dianggarkan kira-kira 120 orang murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 akan mengikuti program yang diadakan selama dua hari berkenaan.

    Gelagat murid yang menyertai Program ATL Fun Day.

    Program ATL Fun Day bertujuan membantu murid-murid mempertingkatkan pengetahuan mereka dengan menyediakan pelbagai aktiviti berdasarkan sukatan pelajaran mereka. Selain itu program ini juga memberikan pendedahan kepada murid akan kebolehan berkomunikasi, penumpuan dan kepercayaan diri mereka.

    ‘Perwira Generasiku’ merupakan tema yang dipilih bagi program pada kali ini bertujuan untuk menggalakkan murid yang terlibat menjadi perwira di masa hadapan yang akan memimpin negara suatu hari nanti.

    Antara aktiviti yang diadakan ialah seperti Tekalah MIB, Simban Oh Simban, Membina Ayat, Snakes and Ladders, English is Fun, Superhero Within Me, Paint the Picture, Math Word Problem Wars in Snakes and Ladders dan bermacam-macam lagi yang mana berkaitan dengan kurikulum Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR).

    BPMFASS merupakan perwakilan mahasiswa dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Brunei Darussalam yang bergiat aktif mengadakan pelbagai acara dan program yang bertujuan bagi membantu masyarakat dan orang ramai di dalam dan luar universiti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda