Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Brad Pitt kembali dilamun cinta

    Kisah cinta pelakon Brad Pitt kini kembali menjadi bualan apabila dia dikatakan sedang rapat dengan seorang model bernama Emily Ratajkowski.

    Menurut laporan People, sumber mendedahkan kedua-dua mereka sering meluangkan masa bersama namun masih samar sama ada mereka sedang serius bercinta atau sebaliknya.

    “Mereka sering meluangkan masa bersama namun rakan-rakan rapat tidak tahu adakah hubungan mereka serius.

    “Mereka tidak dilihat sebagai pasangan bercinta,” jelas sumber berkenaan.

    Kisah tersebut juga mengejutkan banyak pihak kerana Emily kini masih dalam proses bercerai dengan suaminya iaitu penerbit filem Sebastian Bear McClard.

    Mereka mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu namun dikatakan berpisah pada Julai lalu.

    Sementara itu, Pitt, 59, pula sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Angelina Jolie dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Shiloh, 16 dan pasangan kembar Vivienne dan Knox, 14.

    Mereka juga mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Maddox, 21, Pax, 18 dan Zahara, 17. – Agensi

    Brad Pitt kini kembali menjadi bualan apabila dia dikatakan sedang rapat dengan Emily Ratajkowski. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...