Thursday, October 10, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brad Pitt pakai rambut palsu, kaca mata bawa watak Dr Anthony Fauci

    Pelakon Brad Pitt yang membawa watak sebagai Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit, Dr Anthony Fauci dalam sebuah rancangan komedi sketsa baru-baru ini telah menarik perhatian warganet.

    Memetik laporan Cnalifestyle, menerusi sketsa itu Brad Pitt telah membahas komen terbaharu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai situasi wabak Covid-19.

    “Sekarang, ada banyak maklumat yang salah tentang virus ini. Ya, presiden telah menggunakan beberapa kebebasan dengan garis panduan kami. Jadi malam ini saya ingin menjelaskan apa yang cuba disampaikan oleh presiden,” katanya.

    Pelbagai reaksi diberikan ketika melihat beberapa komen Donald Trump mengenai wabak Covid-19.

    “Keajaiban adalah hebat. Siapa yang tidak suka keajaiban? Keajaiban tidak boleh menjadi sebuah pelan.

    “Saya tidak tahu bahawa saya akan menggambarkan ujian itu sebagai cantik. Ketika dia mengatakan semua orang boleh melakukan ujian saringan, maksudnya adalah hampir tidak ada,” katanya.

    Selepas selesai sketsa itu, Brad Pitt mengucapkan terima kasih kepada Dr Fauci dan semua kakitangan barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani wabak ini.

    “Kepada Dr Fauci yang sebenarnya, terima kasih atas ketenangan dan kejelasan anda dalam masa yang tidak menyenangkan ini. Terima kasih kepada pekerja perubatan dan keluarga mereka kerana berada di barisan hadapan,” ujarnya. – Agensi

    Brad Pitt pakai rambut palsu ketika melakonkan watak sebagai Dr Anthony Fauci. – Agensi
    Brad Pitt pakai rambut palsu ketika melakonkan watak sebagai Dr Anthony Fauci. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda