Sunday, August 14, 2022
25.2 C
Brunei

Brazil cadang rawat cacar monyet guna antiviral Tecovirimat

-

RIO DE JANEIRO, 2 OGOS – Brazil merancang menggunakan ubat antiviral Tecovirimat bagi merawat kes serius membabitkan wabak cacar monyet, yang telah meragut satu nyawa di negara itu, kata Menteri Kesihatan Marcelo Queiroga pada Isnin.

“Kes paling kritikal akan diberi keutamaan terlebih dahulu,” kata Queiroga menerusi ciapan di Twitternya. Brazil akan menerima bekalan ubat itu dari Pan American Health Organisation, bagaimanapun jumlah sebenar dos tidak dinyatakan, lapor Xinhua.

Tecovirimat digunakan sebagai pilihan “penjagaan kesihatan” di Amerika Syarikat, tetapi keberkesanannya dalam memerangi cacar monyet masih belum dapat dibuktikan.

Pada Jumaat, pegawai kesihatan Brazil mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan cacar monyet, melibatkan seorang lelaki berusia 41 tahun dan kesnya masih disiasat. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -