Brazil catat kematian tertinggi berturut-turut di dunia

RIO DE JANEIRO, 27 MEI – Brazil melaporkan kematian harian tertinggi akibat COVID-19 di dunia dengan 1,039 orang, hari kelima berturut-turut negara itu menduduki tempat teratas.

Negara terbesar Amerika Latin, yang muncul sebagai pusat baharu dalam pandemik koronavirus, telah menyaksikan jumlah kematian hariannya mengatasi negara Amerika Syarikat (AS), negara yang paling teruk terjejas setakat ini.

AS merekodkan kematian seramai 657 orang dalam tempoh 24 jam, menurut perkiraan Universiti Johns Hopkins. Ia merupakan hari ketiga berturut-turut angka kematian di bawah 700 orang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian negara tersebut kepada 98,875 orang.

Sementara itu, kematian harian di Brazil telah melepasi 1,000 sebanyak empat kali ganda sejak pandemik meningkat di negara itu seminggu lalu.

Brazil kini mengesahkan angka kematian seramai 24,512, menurut angka kementerian kesihatan.

Penduduk Brazil memakai penutup mulut dan hidung ketika di luar rumah. Brazil melaporkan kematian harian tertinggi akibat COVID-19 di dunia dengan 1,039 orang dan merupakan hari kelima berturut-turut negara itu. – AP

Para pakar berkata kekurangan ujian bermakna jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

Dengan penduduk seramai 210 juta orang, Brazil merekodkan 391,222 jangkitan, kedua di belakang AS, yang mencatatkan lebih dari 1.68 juta.

Presiden berhaluan kanan, Jair Bolsonaro telah memandang rendah virus dan menentang langkah-langkah duduk di rumah, dengan alasan risiko kejatuhan ekonomi menyebabkan lebih banyak kerosakan daripada virus itu sendiri.

Tetapi kebanyakan kerajaan negeri telah mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan menutup perniagaan yang kurang penting.

Bolsonaro sementara itu berharap ubat hydroxychloroquine – seperti presiden AS, Donald Turmp – ubat yang berpotensi melawan COVID-19.

Kementerian Kesihatan Brazil menyarankan doktor di sistem kesihatan awam menggunakan hydroxychloroquine atau ubat yang berkaitan, chloroquine, dari permulaan gejala COVID-19.

Mereka berkata Isnin lalau bahawa mereka mematuhi garis panduan itu, walaupun WHO mengakhiri ujian klinikal hydroxychloroquine atas kebimbangan keselamatan dan keberkesanannya terhadap koronavirus. – AFP