Brazil intai tiket Piala Dunia

MONTEVIDEO, 6 OKT – Selepas kekacauan perlawanan kelayakan Piala Dunia bulan lalu, Brazil bakal menurunkan skuad terbaiknya dengan objektif yang jelas untuk menempah tiket ke Qatar.

Brazil mengekalkan rekod sempurna lapan kemenangan dari lapan perlawanan kelayakan mereka setakat ini menjelang perlawanan menentang Venezuela esok, diikuti dengan pertemuan menentang Colombia pada Ahad ini dan Uruguay minggu depan.

Brazil masih memburu tiga kemenangan untuk menjamin kedudukan beraksi di Piala Dunia.

“Jelas selalu untuk melayakkan diri dengan segera adalah perkara bagus,” kata pemain pertahanan Juventus, Alex Sandro.

“Namun, kami selalu memikirkan bermain untuk menang, bermain yang terbaik, menunjukkan semua yang telah kami usahakan.

“Pada perlawanan seterusnya, kami akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan kelayakan.”

Brazil juga berharap dapat mengelakkan kekacauan dalam kelayakan seperti bulan lalu ketika sembilan anggota skuad asal jurulatih Tite diasingkan termasuk pemain seperti Chelsea Thiago Silva, tiga pemain dari Liverpool, Alisson, Roberto Firmino dan Fabinho, dua Manchester City Ederson dan Gabriel Jesus dan Fred dari Manchester United dan menyaksikan perlawanan dengan Argentina ditinggalkan setelah hanya 10 minit atas arahan pegawai kesihatan awam Brazil. – AFP

Aksi pemain sayap Brazil Philippe Coutinho semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia yang lalu. Brazil sasar tempah awal tiket ke Qatar. – AP