Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Brazil isytihar kecemasan kesihatan haiwan

    SAO PAULO, 24 MEI – Brazil, pengeksport ayam terbesar di dunia, telah mengisytiharkan ‘kecemasan kesihatan haiwan’ di seluruh negara selepas mengesahkan lapan kes selesema burung dalam burung liar, kata pihak berkuasa.

    Langkah 180 hari itu diumumkan pada malam Isnin oleh kementerian pertanian. Ia berkata dalam satu kenyataan ia bertujuan untuk “mencegah (virus) daripada merebak kepada ayam ternakan dan operasi ayam komersial, serta melindungi haiwan dan kesihatan manusia.”

    Langkah itu diambil selepas pihak berkuasa mengesahkan tiga kes baharu selesema burung pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan lapan sejak penyakit itu mula dikesan di negara itu dua minggu lalu.

    Semua kes telah dikesan dalam burung liar.

    Satu dilaporkan di negeri Rio de Janeiro, dan tujuh di negara jiran Espirito Santo, kedua-duanya di tenggara Brazil.

    Langkah itu melanjutkan penggantungan yang telah dikuatkuasakan ke atas ekspo dan pameran yang melibatkan ayam.

    Menteri Pertanian, Carlos Favaro berkata ia juga akan ‘menggerakkan sumber’ untuk mengambil langkah pencegahan bertujuan membendung virus itu.

    Brazil, pengeksport ayam terbesar dunia tahun lalu, membekalkan sekitar 35 peratus daripada semua ayam di pasaran antarabangsa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -