Brazil kembali dibuka kepada pelancong

BRASILIA, 30 JULAI – Pintu masuk ke Brazil akan kembali dibuka kepada pelancong asing yang tiba menggunakan pesawat udara, dalam harapan untuk memulihkan industri pelancongan yang terkesan teruk semasa sekatan walaupun ancaman COVID-19 masih menular di negara itu.

Dalam satu perintah yang dikeluarkan kerajaan, Brazil melanjutkan tempoh larangan masuk ke atas pelancong yang tiba melalui darat atau laut kepada 30 hari lagi, namun membuka akses kepada pengunjung menggunakan pengangkutan udara. Keputusan berkenaan dibuat ketika Brazil, negara kedua paling teruk di dunia dilanda COVID-19 selepas Amerika Syarikat, mencatatkan jumlah jangkitan melepasi 2.5 juta dan 90,000 kematian. – AFP