Brazil panggil pulang duta, perwakilan dari Venezuela

BRASILIA, 6 MAC – Brazil telah memanggil pulang semua duta dan pegawai perwakilan asing dari Venezuela dan mengarahkan kerajaan Nicolas Maduro untuk menarik balik wakil-wakil negara tersebut dari Brazil, sumber kerajaan memberitahu AFP kelmarin, meningkatkan ketegangan di antara kedua-dua buah negara.

Presiden Brazil yang berhaluan kanan, Jair Bolsonaro melabel kerajaan berhaluan kiri Maduro sebagai ‘diktator’ manakala Maduro mengelar Bolsonaro sebagai ‘fasis’.

Menurut laporan Official Journal, menteri luar mengatakan bahawa kakitangan akan dipanggil pulang dari kedutaan dan konsulat di Caracas, konsulat di Ciudad Guayana dan konsulat di Santa Elena de Uairen, di sempadan Brazil.

Pengunduran diplomat termasuk Rodolfo Braga, ketua kedutaan, dan Elza Moreira Marcelino de Castro, Konsulat Am di Caracas.

Brazil merupakan salah satu dari 50 negara yang mengiktiraf tuntutan ketua pembangkang Venezuela, Juan Guido sebagai presiden negara tersebut. Guaido membuat tuntutan tersebut pada awal tahun lalu setelah parti pembangkang menguasai parlimen dan mengelar Maduro sebagai perampas dalam undian semula pada tahun 2018 di mana ia dianggap sebagai satu penipuan.

Brasilia telah mengiktiraf duta yang dilantik oleh Guaido di Brazil, iaitu Maria Teresa Belandria.
Duta dilantik Maduro ke Brazil kali terakhir pernah dipanggil pulang melantik pada tahun 2016. Satu sumber kerajaan memberitahu AFP, mereka tidak tahu bila proses pengunduran mereka akan berakhir, media Brazil memberitahu ia akan mengambil masa selama dua bulan. – AFP