Brazil semakin gah untuk layak ke Piala Dunia

MONTEVIDEO, 9 JUN – Neymar menjaringkan satu gol dan assist ketika Brazil mengekalkan permulaan yang sempurna untuk layak ke Piala Dunia dengan kemenangan 2-0 ke atas Paraguay semalam.

Pemain gantian Lucas Paqueta mengesahkan kemenangan pada masa kecederaan di Asuncion ketika Brazil membuka kedudukan enam mata di tangga teratas kumpulan kelayakan Amerika Selatan setelah menang keenam-enam perlawanan.

Kekalahan pertama Paraguay menyaksikan mereka tersingkir dari tempat kelayakan automatik.

Brazil memulakan perlawanan dengan pantas dalam masa kurang dari empat minit.

Gabriel yang kembali kesebelasan utama, melakukan hantaran sebelah kanan namun gagal disambut oleh Richarlison, tetap Neymar yang berada di belakang melakukan rembatan melepasi penjaga gol Antony Silva.

Paraguay menemukan peluang baik apabila pemain pertahanan tengah, Omar Alderete melakukan tendangan jarak jauh, namun penjaga gol Ederson berjaya menyelamatkannya.

Miguel Almiron juga menemui peluang di dalam kotak penalti tetapi rembatannya digagalkan oleh Eder Militao.

Paraguay memulakan perlawanan dengan baik pada separuh nasa kedua ketika Ederson menyelamatkan tandukan Gustavo Gomez tetapi Marquinhos hampir menggandakan kelebihan pelawat apabila tandukannya tersasar.

Tetapi pada masa kecederaan, Neymar melakukan hantaran kepada Paqueta di sebelah kanan untuk menjaringkan penyudah tepat di sebelah kiri tiang gol. – AFP

Aksi Neymar dari Brazil ketika melakukan rembatan semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 di Stadium Defensores del Chaco di Asuncion semalam. – AFP