Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Brazil, Switzerland kutip tiga mata

    LUSAIL, QATAR, 25 NOV – Brazil menang 2-0 ke atas Serbia pada pusingan pertama peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2022 di Stadium Lusail, Qatar.

    Kedua-dua gol Brazil disumbangkan oleh Richarlison pada minit ke-62 dan ke-73, lapor Agensi Berita Tass.

    Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan G, skuad bola sepak kebangsaan Switzerland menewaskan pasukan Cameroon 1-0.

    Brazil dijadual bertemu Switzerland manakala Serbia menentang Cameroon untuk pusingan kedua yang akan diadakan pada 28 November. 

    Pasukan Brazil pernah merangkul Piala Dunia sebanyak lima kali termasuk yang terbaharu pada 2002, manakala Serbia tidak pernah mara ke playoff setakat ini. – Bernama

    Aksi Richarlison (kanan), menjaringkan gol kedua semasa perlawanan peringkat Kumpulan G, Piala Dunia Qatar antara Brazil dan Serbia di Stadium Lusail, Qatar, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...