TOKYO, 6 JUN – Brazil tidak lagi bergantung kepada pemain superstar, Neymar untuk memenangi perlawanan, kata pengurusnya, Tite, dengan generasi baharu terdiri daripada pemain yang pernah menyertai sukan Olimpik berkeinginan untuk tampil pada Piala Dunia nanti.
Neymar menunjukkan betapa pentingnya penglibatan penyerang tersebut dalam pasukan Tite setelah menjaringkan gol ke-72 dan ke-73nya semasa menewaskan Korea Selatan dalam perlawanan persahabatan pada minggu lalu.
Pencapaian tersebut hampir mengejar rekod jaringan gol 77 kali oleh pemain legenda, Pele, sebagai juara Piala Dunia lima kali.
Tite melatih anak buahnya daripada kebergantungan kepada Neymar ketika pasukannya bersedia untuk berdepan dengan Jepun dalam perlawanan persahabatan di Tokyo hari ini.
Beliau juga mengatakan bahawa generasi pemain baharu bersedia untuk berkongsi kejayaan tersebut.
“Saya telah mengendalikan pasukan kebangsaan untuk satu tempoh yang lama, dan dalam tempoh itu juga, saya telah melakukan banyak kesilapan serta membuat beberapa keputusan yang baik,” katanya. – AFP
