BRASILIA, 22 JAN – Kerajaan Brazil memaklumkan penghantaran dua juta dos vaksin COVID-19 AstraZeneca-Oxford, dijangka tiba ke negara itu dari India, sekali gus menjadi lonjakan kepada program vaksinasi Brazil.
“Dua juta dos vaksin AstraZeneca dijangka tiba ke Brazil pada lewat tengah hari Jumaat,” kata Kementerian Kesihatan Brazil dalam satu kenyataan semalam.
Sebelum ini, vaksin itu dijangka tiba ke Brazil minggu lalu.
Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, menyalahkan ‘tekanan politik’ pada kerajaan India pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi untuk mengutamakan vaksin di negara sendiri, sebagai punca kelewatan itu. – AFP






























