Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Breaking The Habit’ hingga 11 Feb

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Feb – Acara ‘Breaking The Habit’ anjuran Badan Pergerakan Mahasiswa Mahasiswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial (bpmFASS), telah membuka tirainya petang tadi, pada majlis perasmiannya yang berlangsung di CLT Foyer, Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.

    Perasmiannya telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Dekan Fakulti FASS, Dr. Hajah Asiyah Az-Zahra binti Haji Ahmad Kumpoh.

    Hadir sama pada acara yang diadakan selama enam hari sehingga 11 Februari itu ialah wakil dari SMARTER Brunei, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang, Timbalan Dekan FASS, Dr. Kathrina binti Dato Paduka Haji Mohd Daud dan juga Penolong Pendaftar FASS, Ryan Lim Sei Heng.

    Menurut Pengerusi Majlis, Awang Muhammad Adib bin Haji Masri semasa menyampaikan ucapannya menyatakan, acara itu diadakan adalah bagi memupuk kesedaran dan mempraktikkan sikap-sikap para belia ke arah perbuatan yang baik dengan cara mempamerkan tingkah laku yang baik melalui pameran-pameran yang dipaparkan di CLT Foyer yang dikendalikan oleh kelab-kelab kokurikulum di UBD.

    Dr. Hajah Asiyah Az-Zahra (kanan) hadir bersama para jemputan lain pada majlis perasmian acara ‘Breaking The Habit’.
    Dr. Hajah Asiyah Az-Zahra (kanan) hadir bersama para jemputan lain pada majlis perasmian acara ‘Breaking The Habit’.
    Awang Muhammad Adib semasa menyampaikan ucapannya.
    Awang Muhammad Adib semasa menyampaikan ucapannya.

    Acara ‘Breaking The Habit’ akan diadakan sehingga 11 Februari.
    Acara ‘Breaking The Habit’ akan diadakan sehingga 11 Februari.

    Antara kelab-kelab yang menyertai acara itu ialah Kelab Fitness, Quranic Generation, Kelab Muslim Youth dan juga Society for Community Outreach and Training (SCOT).

    Menurutnya lagi, selain pameran, pelbagai aktiviti juga diadakan yang boleh memberikan kefahaman tentang kepentingan belia dalam mempraktikkan amalan baik seperti ‘Definition of Me’ yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri, manakala aktiviti kempen kecerdasan yang dihoskan oleh Kelab Fitness UBD bertujuan untuk mengekalkan tubuh badan serta minda yang sihat.

    Awang Muhammad Adib turut menambah, persembahan nyanyian akustik dalam acara ‘Light in the Dark’ juga akan diadakan pada 11 Februari nanti dengan pihak SMARTER akan menerima dana hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda