Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Breeze rancang luaskan destinasi penerbangan

    DALLAS, 8 MAC – Syarikat pengangkutan tambang murah baharu, Breeze Airways hari ini berkata ia akan menambah 35 laluan dari 10 buah bandar termasuk di Pantai Barat pada musim panas ini dalam perkembangan pesat ketika harga minyak jet meningkat.

    “Tambang mesti terus meningkat untuk menampung kos tambahan bagi minyak dan apabila tambang meningkat, permintaan merosot sedikit,” kata pengasas Breeze, David Neeleman dalam temu bual. Breeze telah membuat penerbangan di tenggara dan timur sejak ia memulakan operasi pada Mei lalu. Neeleman berkata syarikat itu akan menambah penerbangan pada musim panas ke Los Angeles, San Francisco, Las Vegas dan Jacksonville, Florida.

    Kebanyakan penerbangan akan menggunakan Airbus A220 126 penumpang, yang lebih besar berbanding pesawat Breeze ketika ini, Embraer.

    Breeze dan syarikat baharu, Avelo, percaya mereka mampu mencari ceruk laluan yang terlepas pandang atau diabaikan oleh syarikat penerbangan besar – kebiasaannya bandar kecil yang mempunyai satu atau dua haluan.

    Harga bagi minyak jet Gulf Coast meningkat dua kali ganda dalam tempoh 14 bulan kebelakangan dan meningkat satu pertiga sejak permulaan tahun ini. Neeleman berkata Breeze meramalkan penurunan harga minyak apabila ia membentangkan pelan perluasan mereka – meskipun enggan memberitahu angkanya.

    “Ia tidak akan menjadi AS$130 setong, itu sudah pasti,” katanya.

    Neeleman berkata jet A220 yang lebih efisien akan mengehadkan peningkatan tambang antara AS$3 dan AS$5 setiap tempat duduk untuk AS$1 dalam harga minyak jet, melonjak dari AS$2 kepada hampir AS$3 segelen sejak Januari 2021, menurut angka Jabatan Tenaga. Dia berkata jumlah lebih tinggi menyebabkan syarikat penerbangan untuk menarik semula rancangan penerbangan mereka tanpa menyatakan destinasi sepenuhnya. – AP

    Pesawat penerbangan United Boeing 787 Dreamliner dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX). Syarikat penerbangan Breeze Airways berkata ia akan menambah 35 laluan dari 10 buah bandar pada musim panas ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...