Brek motosikal Alif Satar lesap dicuri

Penyanyi dan pengacara Alif Satar kesal apabila alatan dan komponen pada motosikal miliknya dicuri pihak tidak bertanggungjawab baru-baru ini.

Menurut Alif, 30, beberapa komponen antaranya sistem brek pada motosikal berkuasa tinggi jenama BMW 1000 RR yang diparkir di kawasan kondominiumnya didapati lesap.

“Salam Jumaat! Nak pesan, curi barang orang berdosa… jangan main-main dengan doa orang yang teraniaya. Parking dekat kondominium sendiri, motor ada tapi brek tak ada. (Pencuri) potong brake harness dan brake calipers,” katanya. Pengacara program Big Stage ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram baru-baru ini.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik dua keping foto komponen pada bahagian motosikal yang hilang dicuri penjenayah.

Sementara itu, Alif berharap pelaku berkenaan segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi perbuatannya itu.

“Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ni, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniaya.

“Allah nak ganti dengan lebih baik, Insya Allah doakan!,” ujarnya. – Agensi

Alif turut berharap pelaku berkenaan segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi perbuatannya itu. – Agensi