Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Brendan Fraser lalui keperihan hidup sebelum raih Oscar

    Brendan Fraser ketika ini menjadi topik hangat setelah dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik di Oscar 2023, baru-baru ini.

    Dia menahan sebak ketika di atas pentas untuk mengambil trofi kemenangannya pada malam anugerah yang gilang-gemilang itu di mana dia merasa sanggat berbangga dengan pencapaiannya yang diperolehinya melalui wataknya dalam filem The Whale yang di arahkan oleh Darren Aronofsky.

    Perjalanan hidup dan kerjayanya tidaklah mudah. Fraser menghadapi banyak cabaran dalam kehidupannya sebagai pelakon dan bintang Hollywood. Fraser merupakan bintang yang sangat popular di Hollywood pada era 1990-an dan awal 2000-an, membintangi pelbagai filem aksi popular seperti The Mummy, Blast From the Past, Encino Man, dan Gods and Monsters.

    Namun, sinar bintangnya mula pudar di Hollywood apabila beberapa filemnya gagal menarik perhatian penonton. Dia terus menghilang daripada dunia filem dan hiburan.

    Fraser mengalami pelbagai cabaran dalam hidupnya. Salah satu cabaran yang dihadapinya ialah serangan seksual daripada Ketua Persatuan Media Asing Hollywood (HFPA), Phillip Berk.

    Akibatnya, dia menerima ugutan dan disenarai hitam dari Hollywood kerana ingin membongkar kejadian tersebut kepada pihak media. Cabaran ini ditambah dengan perceraiannya pada tahun 2009 dan kematian ibunya ketika dia berada di tahap terburuk dalam hidupnya.

    Walau bagaimanapun, Fraser tetap kuat dan berusaha untuk bangkit semula. Kemenangannya di Anugerah Oscar menjadi satu kemenangan yang sangat bermakna dalam hidupnya sebagai pelakon dan bintang Hollywood. – Agensi

    Brendan Fraser bangkit semula dengan kemenangan di anuge-rah Oscar baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...