Brentford ikat kemaraan Liverpool

LONDON, 26 SEPT – Mohamed Salah berjaya menjaringkan gol ke-100 dalam Liga Perdana Inggeris untuk Liverpool awal pagi tadi, namun belum cukup untuk menewaskan Brentford selepas terikat seri 3-3.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp gagal memanfaatkan kelebihan di atas kekalahan Manchester United dan Chelsea dan terpaksa berkongsi mata dengan Brentford.

Walau bagaimanapun, Liverpool tetap mempunyai kelebihan satu masa di puncak liga dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah.

Klopp lega selepas keputusan gol Ivan Toney, yang mungkin menjadi gol kemenangan pada akhir perlawanan, dibatalkan oleh pengadil kerana ofsaid.

Brentford berjaya menjaringkan gol menerusi Ethan Pinnock sebelum Diogo Jota dan Salah meletakkan Liverpool di hadapan, namun Vitaly Janelt berjaya menyamakan kedudukan.

Aksi Mohamed Salah menjaringkan gol ke-100 untuk Liverpool semasa pertemuan menentang Brentford, kelmarin. – AP

Kemudian, Liverpool berjaya mendahului Brentford melalui jaringan Curtis Jones. Akan tetapi pemain gantian Brentford, Yoane Wissa berjaya menggagalkan hasrat Liverpool untuk mencipta kemenangan.

Brentford yang bermain dengan bertahan menentang pasukan juara tahun 2020, Liverpool, mendahului pada minit ke-27. Pemain sayap Sepanyol, Sergi Canos, yang pernah mewakili Liverpool semasa remaja, berjaya menghantar bola kepada Toney yang kemudian membantu Pinnock menjaringkan gol.

Jota sepatutnya meraikan gol kedua tetapi percubaan tersebut dihalang oleh penjaga gol Brentford, David Raya.

Selepas separuh masa pertama, Salah berjaya meledak gol yg ke-100.

Pada awalnya pemain Mesir itu dikatakan berada pada kedudukan ofsaid, namun selepas tinjauan VAR, menunjukkan pemain tersebut berada di kedudukan onsaid.

Janelt berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas Pontus Jansson menghantar bola.

Jones membantu Liverpool kembali di hadapan dengan jaringan gol dalam minit ke-67 selepas Raya gagal untuk menghalang bola daripada memasuki gawangnya.

Kemudian, Wissa hadir untuk menjaringkan gol penyamaan sebelum keputusan gol Toney ditolak oleh pengadil. – AP