Brexit dan COVID-19 gugat acara sukan kereta klasik

CHICHESTER, UNITED KINGDOM – Ketika kenderaan vintaj dari pelbagai bentuk dan saiz dari abad yang lalu memenuhi Litar Motor Goodwood England pada hujung minggu lalu, ia sesuatu yang menarik minat pemerhati berpengalaman, beberapa kereta dan pemandu dari Eropah.

Sementara itu, acara perlumbaan bersejarah di daratan Eropah telah menyaksikan penurunan dramatik pemilik kenderaan klasik dan pasukan UK yang bersaing, kerugian yang lebih besar dari kegiatan yang sering dikuasai oleh Britain.

Penggiat industri menyalahkan koronavirus dan Brexit yang menjadikan penghantaran kereta dan alat merentas selat lebih mahal dan membebankan. Pendapat berbeza mengenai kesan jangka panjang dari kedua-duanya pada sektor yang bernilai dari segi ekonomi, dengan beberapa meramalkan ia bakal lebih pesat tetapi lebih banyak acara di UK di samping perlumbaan yang kurang kompetitif di benua itu.

“Orang Inggeris adalah nombor satu dari segi kereta klasik… jadi tanpa orang Inggeris, mungkin awda mendapat hanya 50 peratus orang dan persaingan,” kata pemilik, Calilo Sielecki, yang koleksinya merangkumi Aston Martin DB3S 1954 yang berpangkalan di UK.

Naib juara dua kali di perlumbaan Le Mans yang terkenal di Perancis dan model yang serupa dengan model yang digunakan oleh James Bond, ejen Britain dalam francais filem blockbuster 007, adalah antara peserta dari Britain yang tidak hadir di Grand Prix Bersejarah Monaco pada bulan April lalu.

Orang ramai menghadiri pertemuan Goodwood Revival 2021, di utara Chichester di selatan England. – AFP
Kelihatan barisan kereta lumba klasik di sepanjang jalan menuju ke kawasan mula perlumbaan semasa pertemuan Goodwood Revival 2021. – AFP
Pemandu John Hugenholtz berdiri di samping Lost-Jaguar ‘Costin’ 1959 selepas sesi latihan untuk The Sussex Trophy. – AFP
Peminat lumba menyaksikan pemanduan kereta di lorong utama semasa pertemuan Goodwood Revival 2021. – AFP

Acara itu mencatatkan hampir separuh daripada jumlah pemandu atau kenderaan yang berpangkalan di UK berbanding tahun 2020.

“Kami tidak pergi… kerana merasa kerumitan akibat pandemik dan pemindahan kereta,” kata Sielecki kepada AFP semasa pertemuan tahunan Revival Goodwood, di mana anaknya Mathias bertanding dengan DB3S.

Lelaki asal Argentina yang berusia 63 tahun itu mengatakan akan membawanya ke Monte Carlo tahun depan adalah ‘tidak mustahil’ tetapi keperluan pengangkutan baharu yang ‘sukar’ terbukti halangan besar.

Carol Spagg, pengarah urusan Historic Motor Racing News, mengingatkan “terlalu awal untuk memberitahu” sama ada pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah akan memberi kesan yang berkekalan.

“Situasi COVID-19 membawa maksud kereta tidak melintasi sempadan seperti angka biasa,” katanya.

Spagg mengawasi Spa Six Hours di Belgium, satu lagi pertemuan besar, di mana 106 pemandu yang berpangkalan di Britain didaftarkan untuk perlumbaan daya tahan utamanya.

Patrick Peter, ketua acara Tour Auto di Perancis, menyatakan perhimpunan dari Paris hingga berdekatan Marseille bulan ini menarik minat hanya tiga pemandu yang berpangkalan di UK, berbanding 18 pemandu pada tahun 2019.

“Kami tidak tahu apa yang berlaku untuk apa (alasannya),” jelasnya. “Tetapi jelas ada kesan negatif dari Brexit.”

Yang lain berpendapat mengakhiri pergerakan rentas selat kereta yang mudah pada treler dan barang mekanikal sejak Januari boleh membawa perubahan kekal dan merosakkan.

“Anda mesti menyelesaikan semua jenis kertas kerja… itu merosakkan terutama di benua itu,” kata Hans Hugenholtz, seorang lelaki Belanda tinggal di Belgium yang memiliki kumpulan kereta klasik, termasuk tujuh buah yang diguna dalam perlumbaan.

“Kami suka berlumba dengan orang Britain dan menentang mereka. Tetapi di benua itu sekarang, persaingan berbeza dan sangat dikesalkan.”

Hugenholtz, 71, adalah antara segelintir orang Eropah di Goodwood, dengan 1959 Lister-Jaguar “Costin” dan dua kereta lain.

Dia memindahkannya dari Britain ke Eropah dua hari sebelum Brexit berkuatkuasa sepenuhnya pada bulan Januari untuk mengurangkan kerenah birokrasi yang akan berlaku.

Sekarang apabila pelumba veteran itu membawa kereta mahal ke acara di Britain, dia menghadapi ‘banyak kerumitan’ dan perbelanjaan.

Pemilik mesti melengkapkan dokumen yang banyak untuk mana-mana kereta yang merentas selat dengan treler, dan menyatakan setiap ratusan alat yang mungkin ada di dalamnya.

Mereka juga mesti memberikan deposit untuk menjamin cukai kastam, yang menurut pemiliknya adalah 40 peratus dari nilai kenderaan mereka yang biasanya ratusan ribu pound.

Kunjungan Hugenholtz memerlukan penyenaraian 2,100 barang pada kertas kerja yang memerlukan tiga minggu untuk disiapkan dan berharga ribuan euro sebagai tambahan daripada bayaran pendahuluan.

Dia mendesak London dan Brussels untuk mengecualikan kereta klasik dari skim carnet.

“Ia merupakan koleksi, suatu karya seni,” kata Hugenholtz.

Orang lain dalam industri ini kelihatan kurang mengambil berat tetapi masih mempunyai lebih banyak soalan daripada jawapan. James Walker, dari Classic Automotive Relocation Services, sebuah firma penghantaran kereta ke acara, mengatakan sektor ini masih belum melihat ‘sepenuhnya Brexit’.

Tetapi dia ragu ia akan terbukti sebagai penghalang pada masa depan.

“Awda bercakap tentang orang-orang yang sangat bersemangat… suka memandu di jalan-jalan di Monte Carlo. Adakah ini benar-benar akan membuat Awda berhenti dalam jangka panjang?”

Seorang sama seperti itu, Andrew Hayden, yang memiliki jenis E-Jaguar 1962, menggunakan pendekatan tunggu dan lihat.

“Terdapat banyak perlumbaan di UK… ada banyak pilihan,” katanya, sambil menegaskan acara Eropah sekarang datang dengan ‘banyak kerumitan dan banyak kos’.

“Ini satu sekatan jalan raya,” tambah Hayden. “Pada masa ini, ia masuk ke dalam kotak ‘terlalu sukar’. Persoalannya, adakah ia akan lebih mudah lagi dalam masa-masa akan datang? – AFP