Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brexit: May ‘lepas geram’

    LONDON, 23 Okt – Perdana menteri Britain yang semakin tertekan menggesa partinya, yang mula menentangnya, untuk menyokong strateginya terhadap Brexit ketika berdepan dengan perpecahan di negara sendiri dan perundingan sukar dari Kesatuan Eropah (EU).

    Theresa May memberitahu satu sesi parlimen yang bising bahawa dia tidak takut dengan kritikan hebat ke atasnya sementara membuat perundingan yang dapat diterima bagi perpisahan Britain dari EU pada bulan Mac.

    “Jika melakukan semua ini bermakna saya akan menghadapi hari-hari sukar di Brussel, maka biarlah,” katanya sambil bunyi ejekan daripada pihak pembangkang dan sebahagian daripada partinya sendiri.

    “Perbincangan Brexit bukan mengenai kepentingan saya. Ia adalah mengenai kepentingan negara dan kepentingan seluruh United Kingdom.”

    May telah menerima kritikan secara berterusan di peringkat akhir perbincangan Brexit, yang masih belum menemui jalan terbaik agar sempadan antara ahli EU, Ireland dan Ireland Utara, yang merupakan sebahagian daripada United Kingdom dapat terus dibuka.

    Dia kembali daripada persidangan yang kurang produktif di Brussels minggu lepas dan menghadapi khabar angin yang lebih tegang mengenai kepimpinannya.

    Salah satu akhbar memetik seorang ahli parlimen berkata May memasuki ‘zon pembunuhan’.

    Kehadiran May di parlimen, yang disiarkan di seluruh negara, menguji pendiriannya.

    May memilih kata-katanya dengan berhati-hati dan cuba menunjukkan dirinya sebagai pemimpin yang mengutamakan kepentingan negara berbanding politik. – AFP

    Perdana Menteri Theresa May ketika meng-hadiri sidang ASEM di Brussels baru-baru ini. May menggesa partinya untuk menyokong strateginya terhadap Brexit ketika berdepan dengan perpecahan di negara sendiri dan perundingan sukar dari EU. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda