BRI cetus perbalahan ekonomi Indonesia

JAKARTA, 14 April – Indonesia telah menjadi medan pilihan raya terbaharu untuk pengaruh ekonomi Beijing, tatkala pembangkang mengingatkan dasar ‘pro-China’ sedang membebani negara gugusan kepulauan itu dengan hutang lapuk tatkala ia dijual sedikit demi sedikit kepada pihak asing.

Hubungan perniagaan dengan rakan perniagaan utama China telah pun menjadi tumpuan oleh bekas jeneral Prabowo Subianto yang mencabar pemimpin Indonesia Joko Widodo untuk jawatan presiden ekonomi terbesar Asia Tenggara pada Rabu.

Disusuli oleh nombor dua digit dalam pengundian, Subianto telah bersandar pada dasar nasionalis dan berjanji akan menilai semula pelaburan China walaupun ketika Jakarta berusaha mendapatkan kontrak besar daripada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Beijing bernilai AS$1 trilion.

“Semua inisiatif BRI harus dikaji semula,” beritahu Irawan Ronodipuro, pengarah hal ehwal luar untuk kempen Subianto, kepada AFP.

“Melaksanakan projek berkenaan secara membabi buta boleh menjejaskan kepentingan negara.”

Menangguhkan projek China telah terbukti berjaya di tempat lain di Asia, termasuk di Sri Lanka, Maldives dan Malaysia, apabila kempen infrastruktur untuk menghubungkan Asia, Eropah dan Afrika digunakan untuk mencetuskan kebimbangan mengenai kedaulatan yang semakin terhakis.

“Kuasa ekonomi China yang semakin berkembang telah menjadi isu pemilihan utama di kebanyakan negara Asia, dengan ahli politik pembangkang memenangi pilihan raya selepas mereka mengkritik penjawat kini atas dasar ‘pro-China’ mereka,” beritahu Deasy Simandjuntak, penyelidik Indonesia di Institut Kajian Asia Tenggara yang berpangkalan di Singapura, kepada AFP.

Sejak menjadi presiden pada tahun 2014, Widodo telah memperkenalkan pelaburan China untuk memenuhi kempennya sendiri untuk membina jalan raya, lapangan terbang dan infrastruktur lain di seluruh gugusan kepulauan yang terdiri daripada 17,000 pulau.

Pada tahun lalu, China dan Indonesia menandatangani kontrak inisiatif jalur dan laluan berjumlah AS$23 bilion, termasuk dua loji tenaga hidro di pulau Borneo dan stesen tenaga di tempat percutian Bali. – AFP

Gambar fail yang tidak bertarikh menunjukkan beberapa buah bangunan pencakar langit di Pusat Jakarta. Indonesia telah menjadi medan pilihan raya terbaharu untuk pengaruh ekonomi Beijing, tatkala pembangkang mengingatkan dasar ‘pro-China’ sedang membebani negara itu. – AFP