Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brian Chen ikhlas dalam amalan berpuasa

    PENYAMPAI radio dan cef selebriti, Brian Chen menafikan tindakannya untuk turut sama berpuasa bersama umar Islam sepanjang bulan Ramadan ini adalah kerana ingin dipuji mahupun sengaja mencuri perhatian ramai.

    Mungkin ramai yang tidak tahu, tahun ini merupakan tahun keempat Brian berpuasa penuh. Walaupun bukan beragama Islam, Brian mempunyai alasannya yang tersendiri untuk turut sama berpuasa.

    Bagaimanapun ada segelintir netizen yang mempersoalkan niat Brian berpuasa, malah ada yang menuduh dia sengaja mencari publisiti apabila bekas peserta Program Masterchef Malaysia (musim pertama) ini berkongsi tip untuk sahur.

    Brian Chen turut mengongsikan pengambilan makanan bersesuaian bagi membekelkan tenaga ketika berpuasa.

    Biarpun dituduh macam-macam, Brian tidak pernah melatah mahupun membalas kembali tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

    Ramai netizen yang memuji Brian dan masing-masing turut memberikan semangat untuknya meneruskan misinya untuk berpuasa penuh untuk kesekian kalinya.

    Sepanjang bulan Ramadan ini juga, Brian turut berkongsi pelbagai tips menarik tentang pemakanan di laman Instagramnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda