Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Brian terkejut disingkirkan dari Sheila On 7

    Masih terkejut dan bersedih, bekas pemain dram kumpulan Sheila On 7 (SO7) iaitu Brian mengakui tidak mengetahui punca namanya digugurkan dari kumpulan tersebut sejak April lalu.

    Enggan menimbulkan sebarang spekulasi tentang pengunduran itu, pemilik nama Brian Kresna Putro ini meminta sebarang pertanyaan berhubung hal berkenaan diajukan kepada anggota SO7 yang lain.

    “Saya masih belum boleh bercakap tentang hal tersebut kerana jujurnya masih lagi terkejut dan bersedih.

    “Saya sendiri keliru. Saya masih mencintai SO7 dan tidak mungkin untuk meninggalkan kumpulan ini.

    “Lebih baik rakan-rakan media bertanyakan kepada SO7 untuk jawapan yang pasti. Saya takut jika memberi sebarang kenyataan, mereka juga ada jawapan sendiri,” jelasnya seperti yang dipetik dari Detik Hot.

    Sementara itu, Brian memberitahu kelab peminat SO7 iaitu Sheilagank banyak memberi kata-kata semangat ketika dia berdepan kesedihan.

    Meskipun dihimpit kontroversi ini, Brian berkata beliau akan terus berkarya dalam industri muzik Indonesia.

    “Sheilagank yang menguatkan hati saya. Saya membaca setiap komen dan terima kasih kepada mereka.

    “Jika diberi kesempatan saya mahu terus berkarya dalam industri muzik Indonesia, tidak kira di atas pentas atau dengan kerja belakang tabir,” ujarnya. – Agensi

    Brian (kanan) terkejut dikeluarkan daripada SO7 dan masih tidak mengetahui punca mengapa namanya digugurkan daripada kumpulan tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...