Brighton beri 1,000 tiket kepada kakitangan NHS

LONDON, 26 MAC – Brighton telah memulakan sistem ‘baton’ kelab ke kelab untuk menderma tiket pertandingan kepada para pekerja penjagaan kesihatan yang memerangi pandemik COVID-19 dan Watford menawarkan penggunaan stadium mereka sebagai hospital tempatan.

Brighton mengumumkan bahawa mereka telah membuat keputusan untuk menyumbangkan 1,000 tiket perlawanan untuk pekerja yang berjuang menghadapi krisis dan telah menjemput kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) lain, Liga Bolasepak Inggeris, Scotland dan Ireland untuk melakukan perkara yang sama apabila bolasepak disambung semula.

“Kami sedang menjalankan pelbagai perkara di semua komuniti dan saya berharap ini akan menjadi permulaan,” kata ketua eksekutif dan timbalan pengerusi, Paul Barber.

“Kami menghargai bolasepak sebagai perkara terakhir dalam minda pada masa ini, tetapi kami merasakan ini adalah cara kami menunjukkan rasa terima kasih kami kepada kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di barisan hadapan yang berjuang dan memberi mereka sesuatu.”

Barber mencadangkan sistem baton kelab ke kelab dan menamakan Bournemouth sebagai barisan kelab seterusnya. – AFP

Aksi pemain Brighton pada perlawanan yang lalu. Brighton menyumbangkan 1,000 tiket perlawanan kepada warga NHS. – AFP