LONDON, 19 MEI – Brighton menampilkan kebangkitan menakjubkan selepas ke-tinggalan dua gol untuk menewaskan Manchester City 3-2 selepas Joao Cancelo dibuang padang ketika penonton kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.
Penyokong dibenarkan kembali ke perlawanan EPL kali pertama minggu ini sejak Disember. Kira-kira 7,900 penonton menyaksikan kebangkitan Brighton menentang City manakala 10,000 penyokong United hadir di Old Trafford dan 8,000 di Southampton yang tewas 2-0 ke atas Leeds.
Ketika gelaran disahkan, City sedang membuat persiapan menjelang final liga juara-juara berdepan Chelsea di Porto pada 29 Mei.
Namun skuad kendalian Pep Guardiola tewas buat kali kedua dalam tiga perlawanan terakhir selepas persembahan hambar di separuh masa kedua di Stadium Amex.
Ilkay Gundogan memimpin City mendahului perlawanan menerusi hantaran lintang Riyad Mahrez pada minit kedua. Kad merah dilayangkan buat Cancelo pada minit ke-10 kerana menjatuhkan Danny Welbeck. Phil Foden menambah kelebihan City pada minit ke-48 menerusi usaha solo namun Leandro Trossard kembali merapatkan kedudukan selepas itu.
Adam Webster menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-72 sebelum Dan Burn mencipta gol kemenangan. – AFP
