Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Brighton menang 3-2 di Everton

    LIVERPOOL, ENGLAND, 3 JAN – Alexis Mac Allister menjaringkan dua gol yang membawa kemenangan Brighton 3-2 di Everton sekaligus menambah tekanan kepada pengurus Rafael Benitez kelmarin.

    Malah kepulangan Dominic Calvert-Lewin yang ditunggu-tunggu selepas hampir lima bulan berehat kerana kecederaan paha telah gagal mengubah nasib Everton, dengan sumbangan utama penyerang itu adalah penalti yang terlepas pada separuh masa pertama.

    Ketika itu pasukan tuan rumah sudah ketinggalan 2-0 selepas gol pembukaan Mac Allister pada minit ketiga diikuti tandukan Dan Burn pada minit ke-21.

    Everton melepaskan gol pertama buat kali ke-14 dalam 20 perlawanan musim ini dalam Liga Perdana dan kali ketujuh berturut-turut.

    Sementara graduan akademi, Anthony Gordon menjaringkan dua gol pertamanya untuk Everton pada minit ke-53 dan ke-76, gol kedua Mac Allister di antara dua gol itu menjadikan permulaan yang tidak menggembirakan untuk Benitez pada 2022, yang pasukannya kini hanya menang sekali dalam 12 perlawanan terakhir. – AP

    Aksi pemain Brighton, Dan Burn (tengah) menanduk bola untuk menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Everton dan Brighton di stadium Goodison Park di Liverpool, England, pada 2 Januari 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...