Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Brighton tewaskan Palace, kejar slot Eropah

    LONDON, 16 MAC – Brighton memperkukuh usaha mereka untuk layak ke saingan Eropah dengan kemenangan 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace, manakala Brentford terus menekan Southampton dalam masalah penyingkiran kelmarin.

    Pasukan bimbingan Roberto De Zerbi meraih kemenangan pertama dalam lapan pertemuan liga dengan seteru ketat Palace hasil gol tunggal Solly March di Stadium Amex.

    Brighton yang menduduki tangga ketujuh berkongsi mata dengan pasukan keenam, Liverpool namun The Seagulls masih mempunyai baki satu perlawanan.

    Seperti yang sedia ada, tempat keenam akan menjamin kelayakan ke Liga Konferensi Eropah musim depan, namun ia boleh jatuh kepada pasukan tempat ketujuh jika Manchester City atau Manchester United memenangi Piala FA.

    Ia akan menjadi musim yang tidak dapat dilupakan bagi Brighton, yang menjadi tuan rumah pasukan divisyen keempat Grimsby dalam suku akhir Piala FA pada Ahad ini.

    Aksi Kaoru Mitoma (tengah) semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium Komuniti American Express di Brighton, England. – AP

    Sebaliknya, musuh lama mereka, Palace tidak berjaya memenangi 12 perlawanan dalam semua pertandingan sambil menunggu kemenangan pertama mereka pada 2023.

    “Perkara yang paling penting ialah peminat memahami gaya permainan kami dan di England ini merupakan satu cabaran yang hebat,” kata De Zerbi.

    “Pemain percaya dengan gaya kami. Kami tidak bermain permainan terbaik kami tetapi jika awda menang ia lebih baik,” tambahnya.

    Palace kekal tiga mata di hadapan zon penyingkiran.

    Pasukan Patrick Vieira gagal melakukan rembatan ke sasaran dalam setiap tiga perlawanan terakhir Liga Perdana mereka, kejadian pertama berlaku sejak statistik pertama kali direkodkan pada 2003-2004.

    Rekod suram Palace akhirnya berakhir pada awal separuh masa pertama apabila rembatan Wilfried Zaha memaksa Jason Steele menyelamatkan percubaannya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...