Brisbane tuan rumah Olimpik 2032

TOKYO, 21 JULAI – Brisbane hari ini diumumkan tuan rumah Sukan Olimpik 2032, mencetuskan keraian besar dengan percikan bunga api kerana ia merupakan bandar raya Australia ketiga yang menjadi tuan rumah Sukan Musim Panas selepas Melbourne dan Sydney.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach menjangkakan keputusan itu setelah perwakilan mengundi 72 berbalas lima dengan tiga lagi tidak hadir pada sesi IOC di Tokyo.

“Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengumumkan bahawa Sukan Olimpik ke-35 diberikan kepada Brisbane, Australia,” kata Bach.

Pengumuman itu disambut oleh sorakan dari perwakilan Australia di Tokyo, sementara di Brisbane diraikan dengan persembahan bunga api menyinari langit dan orang ramai yang berkumpul meraikannya.

Kemenangan Brisbane diusulkan sebulat suara sebagai calon tunggal untuk tahun 2032 oleh lembaga eksekutif yang mempunyai 15 anggota IOC pada bulan Jun lalu.

“Saya sangat teruja, saya sangat bangga untuk negeri saya, untuk rakyat saya. Tidak pernah seumur hidup saya berfikir bahawa ini akan berlaku,” kata Ketua Menteri wilayah Queensland, Anna Palaszczuk.

“Kami sudah berjaya, Queensland! Kami telah berjaya, Brisbane! Ini hebat, ini luar biasa, malam ini adalah malam anda, nikmatinya.”

Australia telah menjadi tuan rumah Olimpik dua kali di Melbourne pada tahun 1956 dan Sydney pada tahun 2000, secara meluas dianggap sebagai salah satu sukan yang paling berjaya dalam sejarah baru-baru ini.

Beratus-ratus orang memenuhi kawasan pinggir sungai Brisbane Southbank untuk pengumuman itu dan menyaksikan undian IOC di layar skrin. – AFP

Thomas Bach dan Annastacia Palaszczuk semasa majlis penyerahan perjanjian setelah memilih Brisbane sebagai tuan rumah Olimpik Musim Panas 2032 pada Sesi IOC ke-138 di Hotel Okura di Tokyo, kelmarin. – AFP