Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Britain bakal berdepan Australia

    GLASGOW, 11 NOV – Great Britain akan bertemu Australia dalam penampilan pertamanya dalam peringkat separuh akhir Piala Billie Jean King sejak 41 tahun selepas kemenangan mengejut 3-0 ke atas Sepanyol, kelmarin.

    Skuad yang diketuai Anne Keothavong itu memerlukan kemenangan dalam acara perseorangan dan beregu untuk mengelak penyingkiran di Arena Emirates, Glasgow.

    Tuan rumah merupakan pasukan underdog berbanding juara lima kali Sepanyol selepas kalah teruk 3-0 dalam perlawanan pembukaan menentang Kazakhstan dalam Kumpulan C pada Selasa.

    Namun Britain, yang langsung tidak pernah menang kejohanan, selepas Heather Watson, Harriet Dart, Alicia Barnett dan Olivia Nicholls berjaya mengatasi semua perlawanan.

    Watson berada 61 anak tangga di bawah Nuria Parrizas Diaz dalam ranking WTA namun mengalahkan pemain Sepanyol itu 6-0, 6-2.

    Reaksi Alicia Barnett (kiri) meraikan kemenangan dengan kapten Great Britain, Anne Keothavong selepas menang perlawanan menentang Elena Rybakina dan Anna Danilina dari Kazakhstan di Arena Emirates, Glasgow, baru-baru ini. – AP

    Lebih membanggakan, Dart berada 85 anak tangga di bawah ranking ke-13 Paula Badosa, namun berjaya menang 6-3, 6-4.

    Sementara regu Barnett dan Nicholls berjaya menewaskan regu Aliona Bolsova dan Rebeka Masarova 7-6 (7/5), 6-2 dalam kategori beregu.

    Pasangan yang kurang berpengalaman itu dipanggil masuk pada saat akhir susulan bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, Emma Raducanu menarik diri atas alasan kecederaan.

    Britain, kali terakhir mencapai peringkat separuh akhir adalah semasa kejohanan Piala Fed 1981.

    “Ini sesuatu yang sangat istimewa. Saya sangat berbangga dengan pasukan ini.

    “Ia adalah satu permintaan yang besar, namun mereka semua menunaikannya, kami perlu berangan sedikit,” kata Keothavong.

    Sebelum itu, kemenangan 3-0 yang diperoleh Ajla Tomljanovic dan Storm Sanders menentang Belgium memberikan Australia tiket untuk mara ke peringkat separuh akhir. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...