Britain ‘bimbang’ laporan konsulat HK ditahan

HONG KONG, 20 OGOS – Pejabat Luar Negeri Britain berkata hari ini ia ‘sangat bimbang’ tentang laporan seorang kakitangan konsulat Hong Kong yang telah ditahan oleh pihak berkuasa tanah besar China dalam perjalanan baliknya ke bandar itu.

Konsulat Hong Kong enggan untuk mengesahkan nama lelaki tersebut mahupun butiran insiden itu dan seorang pegawai China berkata dia ‘tidak tahu’ mengenai situasi tersebut.

Namun laporan dalam berita tempatan HK01 berkata kakitangan konsulat gagal untuk pulang selepas membuat perjalanan ke Shenzhen di wilayah Guangdong, satu jam di luar Hong Kong, bagi mesyuarat perniagaan sehari pada 8 Ogos. – AFP