Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Britain catat suhu terpanas bulan September

    LONDON, 8 SEPT – Britain mencatatkan rekod cuaca terpanas September ini, di mana hari ini dijangka menjadi hari kelima berturut-turut dengan suhu melebihi 30 darjah Celsius (C).

    Minggu ini sahaja Britain sudah memecahkan rekod bagi bilangan hari untuk September dengan suhu melebihi 30C berturut-turut, menurut Jabatan Meteorologi Britain. Rekod sebelum ini adalah tiga hari berturut-turut, pernah berlaku empat kali sebelum ini dan yang terakhir adalah pada 2016.

    “Banyak kawasan akan kekal panas sekurang-kurangnya sehingga Sabtu, dengan haba menjadi lebih terhad kepada kawasan tenggara pada Ahad dan Isnin,” menurut kenyataan Jabatan Meteorologi.

    Suhu boleh mencecah 32C di tenggara England esok sebelum mereda pada Ahad dan Isnin, tambah Jabatan Meteorologi.

    Setakat ini Khamis adalah hari terpanas tahun ini dengan 32.6 C dicatatkan di Wisley, Surrey, di selatan England.

    Suhu tersebut melebihi 32.2C yang direkodkan dua hari dalam bulan Jun.

    Bulan September terpanas yang pernah direkodkan sepanjang sejarah di Britain adalah pada tahun 1906 apabila termometer merekodkan suhu 35.6C di South Yorkshire, utara England.

    Menikmati gelombang haba musim panas akhir ini, warga Britain telah memenuhi pantai di selatan negara ini, termasuk di bandar tepi laut Brighton yang terkenal. – AFP

    Orang ramai kelihatan mendayung dan berkanu melepasi jeti barat terbiar di luar pantai Brighton, selatan England ketika gelombang haba musim panas berterusan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...