Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Britain, Kanada sedia rekod kesihatan dalam iPhone

    SAN FRANCISCO, 8 OKT – Paparan Rekod Kesihatan dalam aplikasi Kesihatan kini tersedia buat pengguna di Britain dan Kanada yang membolehkan pengguna memantau dan menyimpan rekod perubatan dengan selamat di iPhone mereka, dengan perlindungan peribadi, lapor agensi berita Xinhua, memetik Apple dalam siaran media semalam.

    Hospital Universiti Oxford dan Hospital Kolej Wanita adalah antara institusi penjagaan kesihatan pertama di Britain dan Kanada yang menyediakan aplikasi ini kepada pesakit mereka.

    Di Amerika Syarikat, lebih daripada 500 institusi pada masa ini menggunakan Rekod Kesihatan di iPhone. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda