Britain kuatkuasakan kuarantin kendiri

LONDON, 8 JUN – Mulai hari ini individu yang tiba di Britain perlu menjalani kuarantin selama dua minggu seperti tertakluk dalam larangan baharu COVID-19 negara itu.

Langkah yang terpakai untuk penduduk dan pelawat dengan beberapa pengecualian, adalah antara usaha mencegah gelombang kedua jangkitan dari luar negara. Bagaimanapun British Airways dan syarikat tambang murah seperti EasyJet dan Ryanair melancarkan prosiding perundangan bersama terhadap kerajaan susulan pengenalan langkah yang dianggap tidak seimbang dan adil. Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock, berkata peraturan baharu itu dianggap masuk akal selepas mengambil kira ‘perkadaran jangkitan yang meningkat berpunca dari luar negara’ meskipun kes di Britain mencatatkan penurunan.

“Kita harus mengambil pendekatan permulaan dengan berhati-hati,” katanya kepada Sky News. Untuk memasuki Britain melalui pesawat, kereta api, jalan raya dan laut, pengembara harus mengemukakan maklumat perjalanan mereka dan alamat tempat kuarantin.

Mengenai pelaksanaan kaedah kuarantin itu, ia berbeza di negara dikhaskan Britain dan ia akan dinilai setiap tiga minggu sekali. Bagaimanapun, pengecualian diberikan untuk beberapa kes termasuk pemandu lori, perkhidmatan perlu seperti pekerja penjagaan kesihatan dan individu dari Ireland yang berada di sana sekurang-kurangnya dua minggu.

Pihak berkuasa di England akan menjalankan pemeriksaan dan sesi-apa didapati melanggar peraturan boleh dikenakan kompaun 1,000 pound atau didakwa. – AFP

Para penumpang menggunakan penutup mulut dan hidung ketika mengisi borang kemasukan di ruangan ketibaan di terminal Eurostar di pusat London. individu yang tiba di Britain perlu menjalani kuarantin selama dua minggu seperti tertakluk dalam larangan baharu COVID-19 negara itu. – AFP