Britain mula bina landasan kereta api berkelajuan tinggi

LONDON, 6 SEPT – Pembinaan bermula di projek landasan kereta api berkelajuan tinggi bernilai 106 bilion pound pada Jumaat, bertujuan mewujudkan perhubungan yang lebih baik di antara bandar untuk dekad-dekad akan datang.

Setiausaha Pengangkutan Grant Shapps mempertahankan projek HS2, yang telah dilancarkan tatkala negara menimbang sama ada projek yang berlebihan bajet dan sering ditangguhkan itu menawarkan nilai tinggi pada masa apabila pandemik COVID-19 mencetuskan idea bekerja dari rumah.

“Kami sedang membangunnya selama 150 tahun dan masih kukuh,” beritahunya kepada BBC. “Maka saya fikir idea – melainkan kami berjaya mencari jalan pengangkutan terbaik – kami tidak mahu satu sistem pengangkutan di seluruh negara…yang salah.”

Perjalanan kereta api telah runtuh di tengah pandemik, dengan penumpang bekerja di rumah dan bukannya menaiki kereta api. Buat sementara waktu, semua pendapatan dan risiko kos daripada francais kereta api telah dipindahkan ke kerajaan UK, Scotland dan Wales pada Mac untuk memastikan perkhidmatan kekal terapung – menelan kos sekurang-kurangnya 3.5 bilion pound untuk pembayar cukai.

Pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi baharu itu diluluskan oleh Perdana Menteri Boris Johnson pada Februari, meskipun projek tersebut melebihi bajet. Kerja-kerja pembinaan akan bermula dengan stesen dan terowong, diikuti oleh jejambat dan jambatan. – AP

Perdana Menteri Britain Boris Johnson semasa mengunjungi tapak pembinaan Persimpangan HS2 Solihull di Solihull, England baru-baru ini. – AP