Britain, AS mula rundingan perdagangan selepas Brexit

LONDON, 5 MEI – Britain mula mengadakan rundingan perdagangan selepas Brexit dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini, dengan 100 perunding bagi setiap pihak melalui persidangan video.

Ramai daripada kalangan kerajaan Konservatif Perdana Menteri Boris Johnson berharap perjanjian bebas dengan Washington sebagai salah satu manfaat terbesar kerana meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Pegawai berkata dalam pusingan pertama yang akan dilangsungkan selama dua minggu akan merangkumi perdagangan barangan dan perkhidmatan, perdagangan digital, pelaburan dan bagaimana hendak menyokong perusahaan kecil. Duta AS di Britain, Woody Johnson, berkata perjanjian mungkin ‘memulakan ekonomi selepas kita mengalahkan koronavirus’ – mesej yang diulangi oleh pegawai Britain.

“AS adalah rakan perdagangan terbesar kami dan meningkatkan perdagangan merentas Lautan Atlantik boleh membantu ekonomi kita untuk pulih semula dari cabaran ekonomi disebabkan oleh koronavirus,” Setiausaha Perdagangan Antarabangsa, Liz Truss berkata. Perdagangan dua hala bernilai 220 bilion pound pada tahun lalu, dan perjanjian perdagangan bebas dapat meningkat sebanyak 15.3 bilion pound pada tahun 2018 dalam jangka panjang, kata kerajaan Britain. – AFP