LONDON, 25 NOV – United Kingdom (UK) dan Singapura hari ini mengumumkan perjanjian untuk merangsang sektor teknologi kewangan mereka, berusaha menghapus sekatan perdagangan dan menggalak kerjasama ekonomi.
Berita itu menandakan perjanjian komersial terbaharu Britain di luar Eropah selepas keluar dari Kesatuan Eropah pada awal tahun lalu.
Memorandum persefahaman hari ini ‘akan berkuat kuasa pada minggu depan sebaik sahaja formaliti telah dicapai oleh kedua-dua pihak,” kata kerajaan UK dalam satu kenyataan selepas rundingan di Singapura. – AFP