Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Britain, Singapura tingkatkan sektor teknologi kewangan

    LONDON, 27 NOV – UK dan Singapura baru-baru ini mengumumkan perjanjian untuk meningkatkan sektor teknologi kewangan mereka, berusaha untuk menghapuskan halangan perdagangan dan menggalakkan kerjasama.

    Berita itu menandakan perjanjian komersial terbaharu Britain di luar Eropah berikutan pemergiannya dari pada Kesatuan Eropah pada awal tahun lalu.

    Memorandum persefahaman pada Jumaat ‘akan berkuat kuasa minggu depan sebaik sahaja formaliti telah selesai di kedua-dua pihak’, kata kerajaan UK dalam satu kenyataan selepas rundingan di negara bandar itu.

    Perjanjian itu melanjutkan perjanjian 2016, yang mewujudkan apa yang dipanggil sebagai ‘jambatan fintech’ kerjasama antara pengawal selia dan perniagaan.

    Dalam pada itu ia mengikuti perkongsian, yang ditandatangani pada 2021, untuk membincangkan lebih lanjut bidang seperti kewangan mampan, inovasi, dan khususnya industri fintech yang sedang berkembang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...