LONDON, 28 Dis – Pejabat pengkaji cuaca mengatakan Britain mungkin menghadapi malam paling sejuk tahun ini hari ini dan mengatakan salji diramalkan di bahagian utara England mungkin merebak ke kawasan yang lebih luas.
Cuaca sejuk telah mengganggu lalu lintas jalan raya dan menyebabkan beberapa pembatalan penerbangan.
Pegawai di Lapangan Terbang Stansted hari ini mengatakan bahawa operasi penerbangan biasa telah disambung semula tetapi seramai 300 penumpang yang terkandas semalam masih berada di terminal. Mereka telah menempah semula penerbangan lain.
Penerbangan telah digantung selepas landasan dilitupi oleh ais. Lapangan Terbang Luton juga melaporkan beberapa penangguhan.
Beberapa lebuh raya utama ditutup disebabkan kemalangan dan tiga pendaki terpaksa diselamatkan dari gunung Cairngorms di timur laut Scotland. – AP