Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    British Airways tempah 14 jet

    LONDON, 30 JUN – Syarikat induk British Airways, IAG berkata ia telah menempah 11 pesawat A320neo dan tiga A321neo Airbus bernilai AS$1.7 bilion, ketika sektor penerbangan itu berusaha pulih daripada pandemik.

    Syarikat konglomerat penerbangan itu yang juga memiliki Aer Lingus dan Iberia, telah memilih untuk membeli jet lorong tunggal yang efisien minyak selepas rundingan diskaun yang besar, katanya.

    Pesawat-pesawat itu dijangka dihantar pada 2024 dan 2025, akan menggantikan pesawat lama A320neo dalam armada IAG. Ini adalah tambahan kepada pertukaran lapan pilihan pada Mac bagi enam A320neo dan dua A321neo. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...