Berkuat-kuasa serta merta, bapa kepada Britney Spears iaitu Jamie Spears telah digantung tugas sebagai konservator yang mengawal hartanah dan kewangan anak perempuannya itu.
Kedudukan itu akan diambil alih secara sementara oleh John Zabel, seorang perunding yang berpusat di California. Manakala, Jodi Montgomery kekal menjadi konservator yang ditugaskan mengawasi urusan peribadi Britney.
Menurut sumber laporan antarabangsa, Britney tidak dapat mengawal rasa terharu apabila mengetahui bapanya telah digantung dari konservatorinya selepas 13 tahun.
“Britney menangis ketika mendengar keputusan hakim. Untuk jangka masa yang paling lama, Britney mula berfikir bahawa dia tidak akan pernah melihat hari dimana penguasaan bapanya di setiap aspek hidupnya akan berakhir, tetapi akhirnya ia terjadi. Beliau terkejut dan kelu. Dia tidak pernah merasakan kegembiraan seperti ini dalam 13 tahun,” ujar sumber – Agensi