Britney Spears akhirnya bertunang

Penyanyi terkenal, Britney Spears mengejutkan peminat dengan mengumumkan pertunangannya dengan kekasih, Sam Asghari setelah hampir lima tahun bercinta.
Pengumuman tersebut dibuat bintang pop itu menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya semalam.

Britney, yang baru-baru ini mempertahankan haknya di mahkamah bagi mencabar bapanya yang menguruskan ehwal peribadi dan kedudukan kewangannya, memuat naik video dia berdiri di sebelah Asghari dan menunjukkan cincin di jari manis.

“Saya masih tidak percaya,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen video tersebut.
Pengurus Asghari, Brandon Cohen mengesahkan berita gembira tersebut kepada portal People. Katanya, pasangan itu merasmikan hubungan mereka semalam dan sangat tersentuh dengan sokongan dan kasih sayang yang diberikan orang ramai terhadap mereka. Dalam pada itu, Cohen turut memberitahu, cincin tunang Britney direka oleh pereka barang kemas, N.Y.C , Roman Malayev. – Agensi

Britney Spears (kanan) mengejutkan peminat dengan mengumumkan pertunangannya dengan kekasih, Sam Asghari setelah hampir lima tahun bercinta. – Agensi