Saturday, August 20, 2022
23.2 C
Brunei

Britney Spears alami keguguran

-

Penyanyi Britney Spears mengumumkan berita sedih bahawa dia mengalami keguguran ketika kandungan masih di peringkat awal.

Britney menerusi laman Instagram miliknya memberitahu dia dan pasangannya, Sam Asghari kini melalui detik yang sukar.

“Sangat menyedihkan apabila kami terpaksa mengumumkan bahawa kami sudah kehilangan anak damit kami ketika dalam peringkat awal kehamilan,” katanya.

Pada 12 April lalu, Britney Spears memberi kejutan kepada 40 juta pengikut dalam Instagram miliknya apabila mengumumkan dia dan pasangannya, Sam Asghari sedang menanti cahaya mata.

Britney turut memohon diberikan privasi dan berkata dia dan Sam tidak akan berputus asa untuk mencuba mendapatkan zuriat

“Kami mohon privasi sepanjang tempoh yang sukar ini,” ujarnya. – Agensi

Britney dan Sam tetap akan terus cuba mendapatkan zuriat. – Agensi
Artikel sebelum iniNahas bas pelancong ragut 14 jiwa
Artikel seterusnyaPetrol habis – PM
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Yangtze susut, kemarau teruk landa China

CHONGQING, 19 OGOS – Sungai terbesar China, Yangtze menyusut teruk hari ini akibat kemarau musim panas terburuk di China dalam masa enam dekad sehingga...
- Advertisment -