Britney Spears buat persiapan kahwin

Bintang pop Amerika, Britney Spears kini dikhabarkan sedang bersiap sedia untuk berkahwin dengan kekasihnya, Sam Asghari.

Menurut PEOPLE, penyanyi berusia 39 tahun itu sedang mencari tempat perkahwinan yang sempurna untuk mereka.

“Britney mula bercakap tentang jenis perkahwinan yang dia inginkan dan telah mempertimbangkan lokasi sesuai,” kata orang terdekat.

Berita itu muncul selepas Britney mengumumkan bahawa gaun pengantinnya direka oleh Donatella Versace. Terdahulu pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada September, empat tahun selepas bercinta.

Sumber yang rapat dengan bintang itu memberitahu PEOPLE bahawa dia “mahu berkahwin secepat mungkin,” sambil menambah: “Ia akan menjadi perkahwinan yang kecil.” – Agensi

Britney Spears umum bakal berkahwin dengan Sam Asghari. – Agensi