Tuesday, August 9, 2022
31.2 C
Brunei

Britney Spears ingin rehat dari media sosial

-

Selepas mengumumkan dirinya hamil cahaya mata ketiga pada awal April lalu, penyanyi Britney Spears mengambil keputusan untuk berehat dari media sosial.

Memetik laporan CNN, penyanyi berusia 40 tahun itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

“Saya akan berehat dari media sosial untuk sementara waktu. Saya kirim cinta dan semoga Tuhan merahmati awda semua,” kata Britney.

Pada 12 April lalu, Britney Spears memberi kejutan kepada 40 juta pengikut dalam Instagram miliknya apabila mengumumkan dia dan pasangannya, Sam Asghari sedang menanti cahaya mata.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah penyanyi itu turut membahasakan Sam Asghari yang merupakan tunangnya sebagai suami dalam pengumuman berkenaan.

Britney sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan rakannya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004, namun perkahwinan tersebut kemudiannya dibatalkan.

Pada tahun yang sama, Britney berkahwin buat kali kedua dengan penari, Kevin Federline.

Menerusi perkahwinan tersebut Britney dikurniakan dua orang anak lelaki, bagaimanapun mereka bercerai pada 2007. – Agensi

Britney mahu berehat dari media sosial buat sementara waktu. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -